CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

27 October 2009

Jambatan runtuh

Baca tak berita pasal jambatan runtuh kat Kuala Dipang tu? Tragis kan? Kesian betul kat parents yang anak dia belum ditemui tu. Hanya Allah yang tau mcmane perasaan mereka.

Bila jadi kejadian-kejadian macam ni, baru saya tau kenapa mak dan abah berkeras tak kasi saya pergi aktiviti2 sekolah yg melibatkan camping2 ni dulu. Dah jadi mak baru tau apa rasa dia. Budak..kalau dah ramai2 tu mesti susah nak di kontrol. Mungkin pengalaman mak saya sebagai seorg guru yang menyebabkan saya dan adik2 tak pernah merasa aktiviti seumpamanya itu. Cikgu mesti tau perangai budak2 yang pergi camping ni. Cikgu pon bukan boleh nak kontrol semua dah ramai2 tu.

Ingat lagi.. dulu kalau sekolah buat aktiviti camping, kawan2 akan sibuk tanya samada pegi ke tak? Masing2 eksited. Siap beli tracksuit baru. Saya? hmm.. telan ayaq liuq je la. Takkan dpt merasa punya. Kesian saya.. penah gak dulu saya protes besar2an.. ungkit2 semua hal. Sampai ckp kat mak kenapa mak saya tak macam mak org lain..

Sekarang baru saya faham kenapa.

Buat keluarga mangsa, semoga tabah menghadapi segalanya. Pls read this for more news.

p/s: Adeef nanti macamane la ek? Mau nye dia pegi camping saya ikot skali nanti :p

2 melayan:

Liyana Shuib

Yana dulu pn tak leh pg aktiviti2 cam gini..huhu..bila dah besar baru boleh dengan syarat..jangan dekat dengan tempat ada air (pantai/sungai)..tpi ye kot..dah jadi mak baru paham..nak biar Ammar main kat taman pun tak aman..hehe

Elyn Sani

ada baca kesian betul kat dierang tu....