CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

04 January 2010

Alhamdulillah...LEGAA..

Pagi tadi sebelum hantar Adeef ke rumah nenek (pengasuh), Mummy dah hafal2 dialog mcmamne nak bgtau nenek pasal mintak tolong jaga Adik nanti. Risau jugak kot2 nenek tak larat nak jaga ramai2.
Alhamdulillah.. nenek Adeef dah setuju nak jaga Adik nanti.. saaaaaaanngattt lega!!

Mummy rasa lapang sgt dada arini. Boleh tido mlm dgn aman, boleh pegi kerja dgn hati riang. Ingat lagi kesusahan masa Adeef dulu. Pening kepala seyhh... mmg serabut sgt otak pikirkan mana nak letak Adeef masa Mummy pegi keja. Pas solat mmg tak putus2 doa semoga Allah permudahkan segala urusan. Mummy dah tak sanggup tgk Adeef duduk nursery. Asek la demam, batuk bersilih ganti. Alhamdulillah Allah makbulkan doa Mummy temukan Adeef dgn nenek yang sanggup nak jaga Adeef masa Mummy pegi kerja.

Sekarang dah setahun lebih Adeef duduk dgn nenek. Mummy senang hati sbb nenek boleh melayan karenah Adeef dgn baik dan sabar. Keluarga nenek yang lain pun sayang kat Adeef. Harap2 mereka boleh menerima Adik pulak lepas ni.

Mummy nak share doa yang Mummy selalu baca untuk Adeef dan Adik dan juga doa ketika dlm kesusahan. InsyaAllah, akan dipermudahkan..

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم
Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ
Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.
(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)





Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.

0 melayan: