CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

10 May 2010

Macam-Macam Cerita

Last two weeks memang macam2 berlaku. Memula nak peram cerita dulu sbb gambar belom upload. Camera punye cable entah kemana. Tapi takpela, cerita je la dulu, gamba kemudian.

1/5/2010 - Labor Day
Ade gathering dgn budak2 UIA kat Bagan Lalang. Tak ramai mane pon. 4 family je. Saya, Naemah, Nana dan Kemon. Memasing dgn pasangan memasing. Adeef ngan Emir kene tinggal kat umah mak kat Seremban. So saya dan Bee je yang lalalala. Sekali sekala jalan berdua best jugak. Pegi tempat memori daun pisang plak tuh. Tujuan ke Bagan Lalang adalah untuk melantak seafood. Ingatkan tak ramai org tau tempat tuh. Sekaliiiii...awal2 simpang dah jem. sesshh.. Punyela berkobar2 nak gi awal konon nak chop tempat. Apa2 pon kami dapat gak la pegi restoran yang aku dah google 2 minggu lamanye. Restoran Wak Lan Bayu Malam. Memang sempoi dianye seafood. Saya order macam nak bagi 20 ekor jin makan. Punye la banyak. Makanan dah smpai kat meja..tak muat okeh. Tapi kat meja saya berdua je dgn Bee. Yang lain semua mmg melayu. Janji kol 7.30pm, dekat kol 9pm baru smpai. Apa2 pon, memang best dapat gelak kuat2 dan makan seafood sampai mcm nak pengsan. Total bill RM346 utk 10 orang. Murahkan? Nanti saya upload gambar. Mesti ade yang teringin nak pegi..

2/5/2010
Family getaway to Melaka. Saya dapat voucher from Leisure Holiday 2days/1night stay kat Malacca Paradise Village. Dapat 2 rooms apartment. Bunyik macam menarik, tapi tobat lepas ni kalo dapat 100 voucher pon tamo pegi dah. Hotel dia very the spookyyyyy... huwaa.. nak citer kat sini pon tak best. Nati la buat special entry.
Balik dari Melaka, saya gugel la pasal hotel tu. Memang konpem..berentiti. Tak caya korang gugel. Sila letak 'seram/spooky' kat belakang nama hotel tu.
Alhamdulillah la xde ape berlaku pada kami anak beranak. Walaupon duduk hotel seram, tapi saya puas hati dapat makan asam pedas ikan pari paling sedap kat dunia.

7/5/2010
Ofis saya buat event U N I F O R M M A S Q U E R A D E dimana semua staff kene pakai uniform mcm askar ke, nurse, kadet, budak skolah, or ape2 la. Pastu boleh buat team. Satu team pakai uniform sama. Team saya Pacnet International School. Saya jadik 'Cikgu Bedah'. Ade 4 orang anak murid dan sorang nurse yang enjet anak2 murid saya. Best. Kami menang 1st runner up for best team. Dapatla voucher membeli belah..Yeyy!! Walaupon cakap gagap2.. menang gak..ehehee. Menu for our lunch aritu chicken chop, laksam, fruit tart, baked macaroni (sodappppsss) dan choc cake.

...cikgu Bedah...

pic rembat from pacnet shared folder.


7/5/2010
Lepas event, pegi amik Adeef kat rumah nenek bwk pegi ofis. Adeef kalo pegi ofis saya mmg heaven untuk dia. Berlari sane sini. Ramai pulak yang tukang layan tuh. Nak bagi dia dok diam, saya gugel gamba ultramen, kasik dia tengok. Memang dia dok diam, suke sbb dpt tengok mcm2 gamba ultramen. Lepas off duty, saya bawak Adeef pegi Baby Fair kat lev 3. Ghamaiii lak aii org. Tak dapat nak beli apa2 pon sbb sibuk kejar Adeef sane sini. Dia jadi tak tentu arah sbb nampak banyak belon. Mak penattsss... Balik dari baby fair, saya dan Adeef dinner kat Popeye. Saya suka mashed potato dan fried chicken dia. Sedapps. Sape2 yang dah boring ngan KFC, bleh try Popeye. Mesti tak nyesal..:)

9/5/2010
Mothers Day. Bee janji nak masak special untuk saya. Beria pegi kedai beli ayam, kerang, sayur dan tempe (yerr...jawa suka makan tempe). Balik dari kedai dia menggodek kereta 'enjin baru' dia smpai la ke tengah hari. Sudahnye, saya yang masak sbb tak tahan lapar. Menu lunch adelah ayam masak merah, kerang rebus+air asam special, sup sayur bayam+cendawan dan tempe goreng. Lepas makan kami tido anak beranak smpai petang.. sgt sihat kan? haha.. bangun kol 3 layan cerita Pensil. Tak penah dgr pon filem ni before this. Tapi sangat sedih dan touching. Meleleh jugak la airmata saya.

So, itu je yang macam2 nye. Takde la macam2 sangat. Next entry saya letak gamba yeh. Tgk la 2-3 hari / minggu lagi ker..ngehehe..

2 melayan:

FYHA

hi kakak huda! sy link kan blog akak kt blog sy bleh kan? sy dh follow lame dh, story2 akak klaka laa. nway salam perkenalan, tk care!

fathi

bile nak buat entri pasal hotel tu?