CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

28 September 2010

Aku di uji sekali lagi

Dah 2 minggu aku hidup dalam kelam kabut dan lintang pukang. Tidur tak pernah cukup. Makan pon tak menentu. Mak dan Abah warded Hospital Besar Seremban. Yes. Both of them.
Aku nak cerita pasal Mak dulu.

Mak warded back on 20/9/2010 (Isnin). Ayi ngan Abah hantar mak ke hospital sebab Mak dah tak tahan sakit. Kaki Mak bengkak. Perut Mak buncit. Bila tekan2 memang keras. Doktor terus wardedkan Mak. Doktor ckp jantung Mak semakin bengkak. Sekarang dah berjangkit ke paru-paru. Air dalam badan mak tak keluar dari badan dan dah bertukar menjadi toksin. Tu yang kaki bengkak dan perut buncit. Muka Mak pun sembab. Disebabkan aku dah balik KL, aku hanya terima update pasal Mak dari handphone dan facebook adik2 aku. Bila aku call, Mak akan ckp dia tak apa2. Dia taknak aku risau. Dia cuba buat suara sehabis ceria.
Hari Rabu aku call Mak seperti biasa. Mak tak jawab. Aku risau gile. Dah petang baru Mak reply sms aku ckp dia demam. Aku nak cuti tapi tak boleh. Kerja byk gile. Aku cuba tenangkan hati. Setiap jam aku call Mak. Seperti biasa Mak ckp dia tak apa2.
Hari Khamis aku dpt sms dari Akin (adik no-4) ckp Mak kene pakai pampers sbb dah tak boleh berjalan. Luruh jantung aku. Aku tak sangka Mak teruk sampai camtu sekali. Aku menangis. Aku call Mak, Mak cuba utk bercakap tapi tak jelas sgt perkataannya. Terduduk aku menangis. Jumaat aku tabahkan hati juga pergi kerja. Aku try mtk half day tapi tak dapat. Setiap minit aku pujuk hati supaya redha dan bersabar.
Sabtu aku pergi tengok Mak kat hospital. Nampak je Mak aku rasa nak rebah. Meraung aku tengok Mak. Mak kena pakai oksigen sbb pernafasan nya tak stabil. Muka mak sembab. Perut mak still buncit. Cuma kaki Mak dah surut. Aku terus peluk Mak minta maaf. Aku tak sangka Mak mcm tu sekali. Mak pegang tangan aku. Erat. Mak cuba untuk berkata2 tapi x dengar. Aku tak sanggup tengok Mak. Aku suapkan Mak makan sambil menangis. Sungguh aku tak kuat untuk hadapi situasi itu.
Aku duduk tepi Mak, bisikkan kata2 semangat. Zikirkan kalimah Allah. Mak nampak tenang. Aku pujuk Mak utk makan. Alhamdulillah Mak respon dan makan bila aku suapkan. Bila petang, ramai org dtg melawat Mak. Mak sedikit bersemangat. Sebelum aku tinggalkan Mak ptg tu, aku berikan lagi kata2 semangat. Aku tau Mak kuat. Uda (adik no-3) take over jaga Mak sepanjang malam.
Pagi esoknya Uda sms. Mak dah ok. Dah boleh bangun, dan mintak makan macam2. Lega aku dengar. Aku call Mak dah boleh ckp. Aku take over jaga Mak sampai petang. Lega sangat tengok Mak dah boleh borak2. Cerita itu ini.
Malam tu MakTeh buat majlis baca Yaasin untuk Mak. Semoga mak cepat sembuh dan kembali ke pangkuan kami seperti sedia kala.

Tapi..

Kelegaan aku hanyalah sementara. Abah pulak kena warded tgh malam Ahad tu. Abah memang dah lama sakit glaucoma (sakit mata). Sejak dari sebelum raya mata Abah dah bengkak. Abah dah pegi macam2 klinik, tapi still tak elok. Abah takut nak pergi hospital. Kalau Abah warded, siapa nak jaga Mak.. abah ckp mcmtu. Puncaknya Ahad malam tu Abah dah tak tahan sakit. Sakit matanya dah smpai ke otak. Ayi (adik bongsu) terus bawak Abah pegi kecemasan Hospital Besar Seremban. Doktor ckp preasure mata Abah terlalu tinggi. Abah kena warded. Sedih aku tengok. Urusan kemasukkan Abah ke wad diuruskan Ayi. Pukul 2 pagi baru setel.
Esok pagi2 aku dah masakkan lauk utk Abah. Aku tinggalkan Adeef ngan Emir dgn Bee utk ke hospital. Dah la parking bapak susahnye kat HBS tu. Aku kena berjalan lebih kurang 3 km siap kena daki bukit utk ke wad. Macam haram dia punye penat. Tapi penat aku hilang bila tengok Abah makan nasi + lauk yang aku masak dgn selera. Lapar sgt agaknya. Aku sempat jumpa doktor pakar yang rawat Abah. Doktor marah aku sbb lambat bwk Abah pegi hospital. Kalau lambat lagi sikit Abah boleh dpt stroke. Doktor ckp ptg tu Abah kena buat laser.
Lepas bagi Abah makan, aku naik tengok Mak pulak. Mak nampak ok. Aku ckp Mak aku kene balik KL kejap lagi. Susah dpt cuti. Mak faham. Aku pun harap adik2 dan saudara mara aku pun faham keadaan aku.

Aku pegi keja macam biasa tghari tu. Setiap jam aku call Mak dan Abah tanya khabar. Abah selamat buat laser mata pukul 3pm.. pukul 6 Abah sms ckp masa laser sakit sgt, tapi sekarang dah kurang. Alhamdulillah. Harap2 Abah tak kena tahan lama kat hospital. Malam Yati (maid nenek) take over jaga Mak. Uda kene pegi keja esoknya. Sian ko Uda.. aku tahu ko mesti penat. Tapi kita mesti ingat, pengorbanan yang dah kita buat tu tak akan sama dgn pengorbanan Mak dan Abah membesarkan kita adik beradik.

Aku bersyukur dikurniakan suami, adik beradik dan saudara mara yang memahami. Aku juga berterima kasih atas segala kata-kata semangat yang diberi. Aku kena redha atas dugaan ini. Aku tau, ini baru dugaan kecil. Ada orang lagi hebat dugaannya. Semoga aku dan adik2 tabah menghadapi. Semoga Mak dan Abah lekas sembuh. Kami rindukan suasana kumpul ramai2 kat rumah sambil layan perangai di Adeef, Emir ngan Aqeel, makan lauk2 yang Mak masak, gosip itu ini ngan Mak dan Abah. Rindu sangat suasana tu.

Dah la. Bengkak dah mata aku menangis.

3 melayan:

lynnlyana

semoga kuat dan tabah..jaga kesihatan ye..kang awak sakit lagi susah..
harap2 sumanya dipermudahkan.

Anonymous

tak sanggupa kin nak baca ! menitis air mata..Ma..Abah..cepatlah sembuh... :'(

-AKIN-

@nannoor

sabar kak ju..
kami semua sentiasa doakan macek n pakcek.
sedihh T__T

mak bagtau,tai bgtau mak wan risau betul dgn acek.
dah baper malam wan xleh tido..

huuu~~