CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

02 November 2010

A month after

Its been a month after my last update.

Mak

Masih di hospital. Mak masih kene pakai oksigen tu sbb doktor tak kasi discharged. Tapi Mak nampak sihat. Boleh duduk borak-borak, selera makan, jalan ke bilik air. Cuma kadang-kadang Mak ade sedikit pelupa. Maybe sebab kurang oksigen.
Aku tak tau la sampai bila Mak kena tahan kat hospital. Kesian aku tengok kat Uda, Akin ngan Ayi. Gigih dia gilir-gilir jaga Mak. Aku memang tabik lah! Aku nak gilir dgn diorg pon susah. Dengan anak lagi, suami lagi. Harap-harap org paham.
Mak pun dah pindah dari wad 2nd class yang sesak-dan-hari2-ada-org meninggal tu ke wad 1st class yang agak rileks dan senyap sikit. So siapa yang rotate jaga Mak tu xde la boring sgt sbb ada TV, plus ada aircond. Tempat pun lapang sikit.
Aku harap Mak cepat sembuh dan cepat balik ke rumah. Rindu dah dengan masakan Mak..(macam la mak dah kluar boleh masak macam2 kat kau.. :p).

Emir

Esok Emir genap 9 bulan. Sekejap je kan? Emir sekarang ada 6 batang gigi. 4 atas 2 bawah. Dan sangat kuat mengegett.. adoii.. selalu jadik mangsa aku dgn Adeef. Terjerit2 abang dia kalo kena gigit. Emir punya skill skrg still meniarap. Tapi dah laju ke depan. Lajuuu je dia kejar org. Takde tanda2 pun dia nak start merangkak. Mungkin dia ikut Adeef skip merangkak. Dari meniarap ke panjat2 dan terus berdiri. Tapi masa Adeef 9 bulan dulu dah start duduk and berdiri. Slow skit kot Emir nih.
Emir still makan bubur blend. Tapi aku tak blend hancur sgt. Bfeed pun kadang2 dan waktu malam je.

Adeef

Adeef dah banyak mulut sekarang. Ade je benda dia nak tanya. Ade je benda dia nak cerita. Melawan cakap pon ye jugak. Kadang geram je aku tengok.

Aku: Abang..pegi tido. Dah pukul 10.
Adeef: Mummy la pegi tido..*sambil jeling aku*

terkedu aku..

Badan Adeef agak susut. Diapers pun share sama saiz ngan Emir. Yer..dia masih berdiapers. Aku malas (read: give up) nak potty train dia. Manjang gagal.
Ingat tahun depan nak hantar Adeef pegi play school. Aku tengah survey mane tempat yang ok.

Aku

Life aku sekarang ni macam ni je lah. Pegi balik kerja. Hujung minggu balik Seremban. Penat jugak. Aku teringin gak nak pegi cuti2 lepak resort ke. Lama tak pegi bercuti. Tapi apakan daya. Banyak tanggungjwb aku skrg ni. Takpelah. Nanti bila semua dah kembali ke asal, baru aku nak pergi berehat puas2.
Hujung minggu ni ada bunga di taman Mak Abah aku akan disunting. Ada rombongan meminang adik aku Uda. Aku la yang kene jadi mak-mak since Mak still kat hospital. Aku punye excited dan gelabah mcm aku plak yang nak kena pinang.. kekeke. Anyway, congrates Uda. Lega aku ade orang nak kat kau :p
Aku in between mencari 2nd house kat Seremban. Rumah yang aku beli kat Bangi tu ntah bila nak siapnye. Slow gile. Fed up dah aku nak call developer. Aku mencari rumah semi-D setingkat. Aku rasa rumah setingkat agak flexible bila dah tua nanti. Wan aku (nenek) taknak tido rumah anak-anak dia yang 2 tingkat. Susah dia nak tido, nak pegi dapur kena turun naik tangga. In law aku pun rumah 2 tingkat tapi tak pernah naik tingkat atas. So aku rasa better aku cari rumah setingkat tapi besar sikit. Dan kenapa Seremban? Sebab aku tak rase adik-adik aku yang lain akan duduk Seremban. So biarlah aku yang duduk Seremban. Boleh la aku jaga Mak dan Abah nanti. Aku pun tak rasa akan kerja lama di KL. Aku dah cakap dkt Bee aku bagi dia 5 tahun nak clearkan hutang2 semua lepas tu aku nak rehat, jaga dan hantar anak2 pegi sekolah. Dia senyap je..diam tanda setuju kan? Hehe..

Ok lah. Cukup dulu update aku takat ni. Tunggulah aku update lagi bulan depan.. :p


Emir Feizal..si pengarang jantung hati..


Gamba ni Adeef yang snap. Tu gamba kembar dia.. kemana pegi mesti bawak

Buah hati Mummy and Babah

Uda with Mak and Abah on her graduation day.. bakal disunting hujung minggu ni.. sila belajar masak dari sekarang!

3 melayan:

HooDa

isk3.....taun dpn kita tambah lg seorg heheee

fida

kak..fida pon tgh carik umah semi D setingkat.kalo ader roger-roger yer.fida cadang nk jual apartment yg beli kat kajang tu.plan nak beli semi D kat seremban utk settle down.

Marsha~

herm... bebudak zaman skrg suka nau ultraman ek.. qila pun dah terjebak ni.. haih