CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

27 November 2008

Adeef @ 6 months

Haha.. kejap je kan dah 6 bulan..



Monday aritu bwk Adeef jab utk 5 months punye. Mummy pon tatau nape appointment jab Adeef lambat. Sib baik dia tak nanges mase cucuk. Leka main menan byk gantung2 kat klinik tuh.. Ek-ek-ek je mase cucuk.

Balik rumah Mummy terus tuam tempat cucuk and bagi Adeef paracetamol. Alhamdullillah, Adeef tak demam.

Adeef's development:

- can sit with support. kalo bagi makan kene duduk. tak lalu makan kalo baring kan dia.
- sgt kuat makan. boleh habiskan bubur satu mangkok.
- tak suka makan nestum. Mummy kene masak nasi(bubur) + carrot + potato + ikan bilis then blender. Adeef makan mcm dpt makan KFC.
- dah terer naik walker. bleh jalan kedepan, kebelakang, kekiri, kekanan. laju je.. nasib baik belum tau apa ada kat dapur and bilik air. tak lama lagi la tu.. kene cari safety gate cepat2 ni.
- suka membebel. Babah dia bangge sbb Adeef boleh sebut ba-ba-ba-ba.. elehh~
- kalo makan kat luar, Mummy akan dudukkan Adeef kat baby-sit. Selalu kene umpan straw atau gelas kosong. Sekarang dah pandai campak mende2 tu kat bawah. Mummy amik, Adeef campak balik.. haihh~
- still meniarap pusing2. belom pandai ke depan. tapi dah tak gostan dah.
- still breast-feed. sambil nenen sambil cengkam2 muka, hidung, mata, mulut Mummy. Tak buat camtu, tak sah.
- dah boring dgn menan yg sedia ada. Babah kasi remote control ngan henfon buat main.

Hujung bulan ni Mummy nak buat kenduri akikah untuk Adeef. Wan Adeef dah tempah baju melayu untuk Adeef. weeeeeee~ Mummy tak sabar!

p/s: nanti Mummy upload gamba Adeef. Busy nak pindah opis nih..

19 November 2008

Takde Keje

Hobi baru Mummy ----> main tuka-tuka background / layout blog nih.. hahaha! Takut nati kat new office blogspot kene block.

Jangan marah ye puan-puan...

17 November 2008

Adeef Look-alike Meter -part II


Baru puas hati Mummy... :)

Mummy's Best Friend Wedding & Agro-Biotec Ekspo 2008

Last weekend Mummy balik Seremban to attend Sherry's wed. She's so pretty in red. Takleh nak stay gosip2 ngan geng Mummy lama2 coz Adeef ngamok2 nak tido.. hihh!

Adeef, Mummy, Aunty Sherry

Petang, Atok ngan Wan bwk Adeef pegi jalan2 ke Agro-Biotec Ekspo dekat Stadium Paroi. Best! Adeef first time tgk ostrich, lembu, kancil, kambing secara live. Sebelum ni tgk gamba kat flash-card dia je. Adeef excited sgt! ~tapi bile ostrich jegil kepala dia kat Adeef melalak kemain..tihihihi~

Ok la, since Mummy dah lama tak upload gamba Adeef, layan gamba je la. Lets pixs tell the stories.. :)

ostrich

leka tgk kepala ostrich

mouse-deer

Adeef suka sgt tgk binatang

sebenarnye kite kat mane ni Mummy? - tanye Adeef kehairanan

kite kat expo peladang la Adeef. tempat Atok keje tu..

Atok yg rajin betol tolak Adeef

Atok belikan Adeef Spongebob.. Adeef main gusti2 dgn Spongebob sampai tamo tido mlm tu.

11 November 2008

My sympathize


We’re With You

When you miss her,
we’re with you in spirit,
wondering how you feel,
hoping you’re coping,
and getting a little better each day.
We understand. We care.
When you’re grieving,
we’re beside you,
in our hearts, in our thoughts,
we’re sending you sympathy,
encouragement, affection,
and strength to carry on with life.
She would want it that way.

Allahyarhamah Hasnih Jamaluddin, my cousin-to-be, baru saja bertunang pd hari Sabtu (8/11/08) di Tawau, Sabah. Meninggal mase on d way ke airport Tawau untuk balik ke KL bersama bakal mentua.

Monday 12.11am - received sms from MakBusu, ada berita tak baik, tunang Azwan baru saja meninggal kemalangan waktu anta Anjang dan Kakteh ke airport Tawau. Saya masih lagi blur.. then received another sms from Dayah, kakju, kak asni meninggal, excident kat Tawau. Jantung saya berdegup kencang. Fikiran saya bercelaru. Betul ke ni? Saya baca sms tu berulang kali. Dan baru saya tersedar.. Innalillah hiwainalillahirojiun.. terus call Dayah. Terdengar suara Dayah tersekat2 dan menangis. Baru je tadi meninggal. Masa on the nak pegi airport Tawau. Dayah kat seremban, umah MakTeh. Mak,abah, makteh, pakteh kat KLIA lagi. Abg wan dah on d way dtg sini. Sambung Dayah lagi.. mak, makteh kete lain, kak asni kete lain. adik dia bwk laju. adik kecik dia umur 8 tahun pun meninggal sekali.

Hati saya hiba, terus call Farah. Kami bercerita dan berteka teki tentang kejadian. Tak lama kemudian, mak cal. Mak menangis, dan airmata saya pun mengalir. Baru je si Hazwan cerita nak cari duit nak kawin. Takde jodoh diorg... airmata saya terus mengalir laju..

Malam tu saya tak boleh tido. Teringatkan arwah. Ya.. saya baru je berjumpa dgn arwah pada 29/10/2008.. pegi rumah sewanya di Gombak hantar jem tart Makjang (bakal mentuanya) kirim. Arwah suka dgn Adeef. Buatkan air utk kami pun dia dukung Adeef. Macam2 arwah bagi masa nak balik.. kuih tart, keropok, kuih org tawau, dan duit raya utk Adeef (agak lumayan). Arwah berjanji nak dtg rumah kami bila balik dari Tawau nanti.

8.30am - Saya sampai di ofis. Along Anis call, dia tak percaya. Lemah suaranya. Tak lama kemudian, Kak Ijan ym. Kami bercerita lagi. Saya tak sedap hati. Tak boleh nak buat kerja. Terus call MakBusu, tanye perkembangan. MakBusu ckp Anjang,Makjang dan Hazwan on the way pegi airport utk ke Tawau semula. Saya terus call Anjang.. flight pukul 3.30pm, semua tiket habis.. Saya ckp saya akan jumpa mereka di airport.

11.30am - Mintak EL dari bos, update keje sikit, terus cabut balik rumah. Amik Adeef, siap2kan dia sementara tunggu Emi (adik lelaki saya) sampai. Emi sampai dalam pukul 12.30, terus pegi amik Akin dan terus ke LCCT.

2.00pm - Sampai di LCCT. Hati saya berdebar. Taktau nak react mcmane. Serba salah. Tak lama Hazwan call. Dia tunggu kat pintu masuk. Nampak je Hazwan dan Makjang, saya terasa hiba sgt. Hazwan menangis.. Hasni dah tinggalkan aku.. Saya menangis peluk makjang. Saya cuba menenangkan mereka. Tak lama kemudian, Hazwan dpt call dari Tawau. Mereka dah kebumikan arwah. Minta maaf sbb tak dapat nak tunggu lama. Hazwan terduduk. Emi memujuk. Saya kelu. Saya tak boleh bertahan dgn situasi ini. Sangat kasihan. Sangat sedih.

Makjang baru je sarung cincin kat dia 2 hari lepas. Dia nampak seronok sgt. Bwk kami jalan2. Semua dia bayar. tak nampak apa2 perubahan pun.

3.00pm - Saya menghantar mereka di pintu masuk pelepasan. Hazwan, be strong ok. Kuatkan semangat. Doakan utk arwah byk2. Biarpun tak sempat berjumpa, sekurang2 nya dia tau kamu dtg. Dia tau kamu sayangkan dia. Dia tau kamu sedih.


Tuesday 2.00pm - Saya mencatat pengalaman sedih di blog ini. Semoga menjadi kenangan dan pengajaran. Hidup tu lawannya mati. Kita akan dipanggil tak kira waktu. Masa itu akan tiba bila2 masa.
Buat Hazwan, semoga tabah menghadapinya. Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan digolongan yg mulia.

P/s: petikan berita tentang kejadian sila klik sini, sini dan sini.
P/s/s: pix grab from arwah's friendster.

07 November 2008

Papaya

Semalam we all dinner kat P*zza Hut. Sebelah meja we all ada satu family. Ada 2 kids dlm umur 3yrs sorang boy sorang girl suka main2 dgn Adeef.

Boy: Eii..baby..baby.. (sambil usik2 pipi Adeef)
Girl: Eii.. tgk tangan dia, mcm papaya.
Boy: A'ah la.. kuat-kuat mcm Papaya! Makan papaya nanti tgn besar jadik mcm Papaya! (sambil main2 tgn Adeef)

Mummy ingat diaorg kate tangan Adeef mcm buah papaya (betik). Pastu baru teringat.. rupanya diorg maksudkan Pepaya citer TV3 tuh.. hahaha!

cerita Pepaya

Adeef Pepaya

04 November 2008