CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

29 April 2009

Adeef dah ada passport

Yeaayy yeaay.. Adeef dah bleh pegi oversea :)
Adeef buat passport last minit since Mummy and Babah plan nak gi jenjalan ni pon last minit. Sekarang nak buat passport tak la seleceh dulu. Beria bangun pagi takut org ramai. Mummy sampai kat imigresen kol 8.15am, kol 8.45am dah setel. Actly passport bleh amik dlm masa 2 jam, tapi malas nak tunggu sbb Adeef dah membuas kat imigresen tu..
By the way, thanks to Yana for the info.. Rasenye kalo tak prepare amik gamba and fotostat segala mak nenek dokumen tu mesti terkial-kial jugak.


Ok peeps, we're leaving on the jet plane. See yaa..

27 April 2009

Update

-mummy still not feeling well.. still ada batuk2, selsema (arrghhhhhh..), sengal2 sendi. Ingat nak cek darah lagi.. takut plak skrg ni macam2 penyakit ada.. chikukunya la (cmni ke eja?), swine flu laa (selsema babi).. takut nyeerr..

-dlm mummy tak sihat ni pandai pulak si Adeef behave. Pandaaii dia bwk diri.. tapi still asik kene jerit jugakk..

-byk nye utang tag / award / entry belum buat. Byk gamba nak tayang (?) ni.. Gamba pegi Petorsains, pegi main2 kat taman, gamba Adeef gunting rambut.. (yerr.. Adeef dah ensem dgn new hairdo..)

-tgh buat checklist for Adeef's 1st Birthday party. Panjangnye checklist huhhh.. mcm nak buat kenduri terima menantuuu..

-saya akan away lagi untuk pergi bercuti bersama anak dan suami terchentaa... destinasi terpaksa dirahsiakan.. ahahaha..

-nati update lagi ekkk... ;p

1/2 jam pertama..

Rule #1:
Letakkan gambar anak yg baru lahir. Gambar kalo boleh mestilah gambar yang masih dalam wad, maknanya gambar anak hari PERTAMA..

tengok laa sighburn Adeef.. trademark okeeyy..
first day..fresh from oven
berjemur.. sbb ada kuning
Rule #2:
Letakkan butir ini
Nama penuh : Adeef Feizal b. Danny Feizal
Nama Panggilan : Adeef / Debot
Jantina : Lelaki
Tarikh Lahir : 24 May 2008
Tempat Lahir : Pusat Perubatan Universiti Malaya
Berat Lahir : 3.17kg
Cara Kelahiran : Normal

Rule #3:
Apakah harapan korang pada anak ini…
Of course mendoakan supaya Adeef menjadi anak yg soleh, insan yg berguna, cerdik dan bijak dan ensemm.. ehee
Dan korang nak anak ini jadi apa besar nanti… dan KENAPA..?
Ikut apa yg Adeef minat la.. kalo minat dgn construction.. biarla dia jadi Engineer mcm Babah.. takyah la ikut Mummy.. gaji kecik.. haha..

Bidang yg akan aku discourage dia..
Apa-apa saja yg dia suka..
Rule terakhir:
Mau tag siapaaaa?
Sape2 jeeerrr...

22 April 2009

Down

I'm down with dengue fever.
I've been hospitalized from 17/4/2009 - 19/4/2009 at Seremban Specialist Hospital.
Now in recovering process. Alhamdulillah.. I feel better.

Nasib tak celebrate birthday kat hospital.. =p

16 April 2009

Favourite pix

Hmm.. Adeef looks like a big boy in dis pix. Tak sangka saya ada anak bujang =)

tomotttnyeee...

mata berair bukan sbb nanges.. sbb makan fries panas.. tihihi

15 April 2009

Sayang anak dicubit-cubitkan

Ni sape nye kejeeeeeeeee niiihhhhhhhhh???


Babaaaaaaaaaahh...u tgk anak u!! (yerr..mcm biasa babah dia yg akan dipersalahkan)

08 April 2009

Away~~

Hari ni last kerja.. I'll be away for 4 days. Saje amik cuti rehat. Kene clearkan cuti sebenarnya..

Banyak dah plan..

- kemas rumah esp kain baju yang menimbun2 tu. Nak asingkan baju mana yang tak pakai nak sedekah kat orang. Jangan tak tau.. baju masa pregnan dulu pon tak simpan lagi.. hahaha.. kot2 terpregnan balik kan senang.. Baju newborn Adeef pon tak simpan elok2 lagi.. punye la xde masa. Kotak beli untuk simpan baju pon dah naik buruk dah.

- kemas dapur. Nak susun atur barang elok2. Adeef skang rajin tolong mengemas kat dapur. So kene simpan semua barang2 yg fregile. Barang2 lain pon kene letak kat tempat tinggi sikit. Adeef kalo jupe sure masuk mulut. Aritu dia dah kunyah bawang. haaa.. nanges pedass.. padan muka. Dekat pintu fridge saya ada sekor labah2 hitam besar. Saje gantung situ bagi dia takut. Kalo tak dia pandai bukak pintu fridge. Tapi dia takut skejap je kat labah2 tu. Sbb dia dah tau tu labah2 fake.. haizzz..

- Jumaat nak bawak Adeef jalan2 KLCC. Tgh pikir2 nak bwk dia gi Aquaria or Petrosains. Dpt masuk dua2 pon orait gak. Pastu nak gi shoping baju Adeef. Sian..asik ulang baju tu je tiap2 kali outing.

- repair dan servis kereta. uhh.. kereta saya dah tua. perlu di servis selalu. Nak beli tayar. dua tayar belakang dah botak. minyak pon leaking. hmmm.. bilaaa la nak beli kereta baru ni. tapi saya sayang kereta tu. byk jasa dia. kumpul duit skit ingat nak spray kaler baru.. berangan..berangan..

- nak pegi melawat kengkawan yg dah bersalin. stakat ni ada 4 org kawan saya yg dah bersalin tapi tak pegi melawat lagi. ada tu dah abis pantang dah nak naik kerja dah.. huhu.. liya, if u read this.. minggu ni aku gi tgk ko eh.. sory la.. aku busy hamattt. kalo aku tak busy, cik abg plak yg busy.

Last but not least, nak main-main dgn Adeef puas2. Dia dah pandai bergurau skrg ni. paling suka kalo kite main kejar2 dgn dia.. mengekek2 dia ketawa sambil jalan laju2, terkedek2 pastu jatuh. nak masakkan Adeef lauk sedap2. saya suka tgk dia makan. sgt berseleraa. Nak ajar dia nyanyi2 lagu nursery rhythm. Adeef suka kalo saya nyanyikan dia lagu2. Siap tepuk2 tangan, goyang montot.

kan best kalo hari-hari boleh buat mcm kat atas ni.. ni tak, semua nak kene tunggu cuti.. hmm.. =)

02 April 2009

Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah

1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan. - ok, balik ni korang puujiii la husband korang selambung-lambungnye. biarpon dia mashamm bau peloh balik keje, ckp je la wangi..
2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang. - wahhh.. ni best ni. Malam ni kan malam Jumaat.. so, why not..*wink-wink* mintak2 la ujan lebatt.. sejopp sket.. ngehehe

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang. - hmm.. asik2 dia je bg kite hadiah.. sesekali kite bagi la dia pulak..

4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda. - arini masak sedap-sedap.. bagi dia makan kenyang-kenyang.. pastu kasi urut extra skit arini.. tihihi...

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman' - biar pon kadang-kadang dia suka tuka channel tv masa kite tgh syok tgk.. sabarkan je la..

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga. - alamak.. kene la control peramah over2 saya nih. Ala.. peramah camne pon, dia tetap di hati saya..

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin. - Yaahhhh.. sgt setuju. saya dah muak dah asik pegi keje balik keje je... Bee.. jom gi Gold Coast ;P

8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia. - amalkan baca surah Al-Imran ayat-31 utk merapatkan lagi kasih sayang suami isteri. Saya mmg mengamalkan ini..