CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

02 April 2009

Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah

1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan. - ok, balik ni korang puujiii la husband korang selambung-lambungnye. biarpon dia mashamm bau peloh balik keje, ckp je la wangi..
2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang. - wahhh.. ni best ni. Malam ni kan malam Jumaat.. so, why not..*wink-wink* mintak2 la ujan lebatt.. sejopp sket.. ngehehe

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang. - hmm.. asik2 dia je bg kite hadiah.. sesekali kite bagi la dia pulak..

4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda. - arini masak sedap-sedap.. bagi dia makan kenyang-kenyang.. pastu kasi urut extra skit arini.. tihihi...

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman' - biar pon kadang-kadang dia suka tuka channel tv masa kite tgh syok tgk.. sabarkan je la..

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga. - alamak.. kene la control peramah over2 saya nih. Ala.. peramah camne pon, dia tetap di hati saya..

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin. - Yaahhhh.. sgt setuju. saya dah muak dah asik pegi keje balik keje je... Bee.. jom gi Gold Coast ;P

8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia. - amalkan baca surah Al-Imran ayat-31 utk merapatkan lagi kasih sayang suami isteri. Saya mmg mengamalkan ini..

0 melayan: