CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

17 September 2009

The Preparation

Preparation untuk raya semua dah siap.

Kuih Raya - Punye la berazam takmo beli kuih raya, tapi terbeli jugak. Just beli kerepek2, kacang2 in case kalo takde org dtg beraya, kami bleh makan sendiri semua tu. Owh.. jangan tak caye, my hubby oder kuih samprit, choc chip bagai kat site office dia. Awek jual kene la beli.. katanya..

Langsir - memula mmg nak tukar baru sbb yg sedia ada dah usang dan koyak sikit. Tapi bila pikir bajet, dan tgk langsir mcm ok lepas di basuh, so tak jadi beli. Duit bajet utk langsir saya dah beli vacumm ngan rice cooker..puas hati.

Kasut / Baju Raya - Tahun ni kami akan sedondon kaler hijau. Adeef dah complete siap songkok ngan samping. Samping labuh sket so saya kene alter. Babah pakai baju 2 tahun lepas. Takyah tukar dia kata. Saya beli jubah chiffon. Baju kurung yg konon nak buat raye dah siap lama dan tak muat. Kasut plak saya dah decided tak yah beli kasut Adeef sbb nati bukan nak gi mane pon. Lagipun leceh kalo nak gi umah org kene pakai stokin + kasut. So tahun ni pakai je sandel cap buaya dia tu. Dah lunyai nati baru beli lain. Saya pulak beli kasut yg sesuai ngan ibu mengandung. Takde maknenye nak berheel2 time2 gini. Babah pon beli selipar je. Senang nak kejar Adeef nanti.

Balang kuih raya - 2 hari lepas saya punggah la almari nak cari balang kuih raya (since babah dah oder mcm2 kuih raye). Tak jumpa. Jumpa pon satu je itu pon penutup tah mane2. Kene la beli lain. Lepas raya la kot.

Duit Raya - dah siap packed masuk dlm sampul. Byk kategori tahun ni. Anak buah, cousin, mak-sedara, pak-sedara, anak kawan, semua kene asing ikut sampul.

Servis kereta / TouchNGo / Petrol - kereta dah servis. Babah siap polish. Mentang2 raye kampung dia. Huhh! Kad touch n go pon dah topup. Sikit je sbb nanti mungkin ikut jalan dalam je. Petrol pon dah isi full tank. Mane la tau tetiba gomen buat drama nak naikkan lagi harga minyak mlm raya. Bukan boleh caye sgt.

Raya tahun ni kami akan beraya bersama Tok Mama Adeef di Dengkil, Sepang. Dah sembahyang, makan2, collect duit raya terus cabut gi Bangi rumah Along, nak beraya dan menghiburkan hati org tgh pantang (tihihihi..) dan baby baru Sofea.. yey! Pastu terus gerak balik kampung Mummy di Rembau, NS. Sib baik kampung dekat2. Bleh jalan dlm masa satu hari. Raya kedua kami akan balik ke kampung Babah di Jementah Segamat, Johor. Kene kumpul stamina banyak2 ni sbb dah boleh bayangkan betapa hyper nye Adeef nanti.

Ok peep, di kesempatan ini, saya, suami dan Adeef ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, Maaf Zahir dan Batin atas segala salah silap bahasa. Jemput la dtg ke rumah kami di Kota Damansara selepas raye ke-6 (sakann ni nak raye lama2 kat kampung). Semoga bergembira di Hari Raya. Pandu cermat, ingat lah org yang tersayang.. ;)

1 melayan:

lina faiz

yang part kereta tu :
alah danny tak raya pon keter dia mmg sentiasa kilat,tip top nya bersih..huhuu