CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

15 December 2009

Episiotomi

Semasa melahirkan Adeef, pakar melakukan episiotomi kepada saya sbb kepala Adeef besar dan laluan agak sempit. Pengalaman ngeri ini sentiasa menghantui saya..tskk..tskk.. Ini adalah benda yang paling menakutkan. 2 minggu duduk senget. Nak tido pon susah, apatah lagi nak kencing dan buang air besar (2 minggu kencing / buang air besar berdiri tauu). Harap-harap kali ni tiada lagi episiotomi. Huwaaaa..~

Credit from here

Apakah episiotomi

Ia adalah potongan surgikal yang dibuat sebelum bersalin disekitar kawasan otot di antara vagina dan anus (kawasan ini dipanggil perineum) untuk membesarkan pembukaan vaginal anda. Doktor akan memotong untuk mempercepatkan bersalin dan mengelakan vagina daripada terkoyak, terutama semasa bersalin vaginal kali pertama. Ramai pakar percaya luka episiotomi lebih cepat sembuh berbanding luka tekoyak sendiri. Tetapi banyak kajian sejak 20 tahun kebelakangan ini tidak bersetuju dengan teori ini dan ramai pakar kini bersetuju prosedur ini tidak dijadikan sebagai rutin.

Kajian menunjukkan wanita yang mengalami koyakan dengan sendiri sembuh sama atau kurang dan biasanya kurang masalah komplikasi berbanding dengan episiotomi. Wanita yang menjalani episiotomi lebih mudah mengalami kehilangan darah ketika bersalin, lebih sakit ketika dalam proses penyembuhan dan menunggu lebih lama untuk mengadakan hubungan kelamin dengan selesa.

Wanita yang menjalani episiotomi juga lebih banyak berakhir dengan masalah terkoyak yang serius sehingga ke anal sphincter atau sehingga ke rectum (dikenali sebagai tahap ke 3 atau ke 4 koyakan) berbanding mereka yang bersalin tanpa potongan. Koyakan yang serius ini menyebabkan lebih kesakitan perneal selepas kelahiran, memerlukan tempoh penyembuhan yang lebih panjang dan berkemungkinan memberi kesan kepada kekuatan oto-otot lantai pelvik. Dan koyakan yang merosakkan anal sphincter meningkatkan risiko kelemahan kawalan pada anal – masalah mengawal pergerakan usus dan angin.

Dalam situasi tertentu episiotomi adalah perlu untuk anda dan bayi anda:
-Jika jantung bayi adalah lemah dan tidak dapat bertahan saat akhir bersalin dan perlu dilahirkan dengan segera
-Jika bayi anda terlalu besar dan memerlukan lebih ruang untuk bayi keluar
-Jika memerlukan sedikit ruang untuk menggunakan forcep bagi membolehkan bayi keluar
-Jika tisu anda mula berdarah atau seperti akan koyak di beberapa tempat apabila kepala bayi anda mula keluar. Tujuannya adalah untuk mengelakkan koyakan lebih dari 1 tempat.

Bagaimana untuk mengelak menjalani episiotomi yang tidak perlu

Berbincang dengan doktor anda lebih dahulu mengenai perasaan anda mengenai prosedur ini. Bertanya berapa kerap dan dalam keadaan apakah perlu menjalani episiotomi dan bagaimana doktor anda boleh membantu mengelakkan koyakan.

Anda mungkin uingin memcuba membuat urutan perineal bermula 5 ke 6 minggu sebelum bersalin. Terdapat kajian menunjukkan urutan ini mungkin mengurangkan koyakan atau memerlukan episiotomi.

Bagaimana episiotomi dijalankan

Jika doktor anda perlu melakukan episiotomi, dia akan memberi suntikan dan menggunakan gunting pembedahan untuk membuat guntingan kecil pada perineum anda. (Kadang-kadang, jika perineum anda telah kebas dan menipis akibat tekanan kepala bayi, episiotomi dibuat tanpa perlu ubatan. Ini dipanggil episiotomi tekanan).Selepas itu anda akan diberi sekali lagi suntikan untuk memastikan anda kebas sebelum doktor menjahit potongan itu.

Bagaimana cara penyembuhan

Jika anda menjalani episiotomi(atau koyakan) anda akan dijahit dikawasan yang lembut dan memerlukan tempoh untuk sembuh. (Jahitan itu akan tertanggal sendiri dalam beberapa minggu selepas bersalin dan tidak perlu ditanggalkan.) Setengah wanita mengalami ketidakselesaan untuk sebulan atau lebih, terutama mereka yang mengalami tahap ke 3 atau ke 4 koyakan. Gunakan pek ais pada kawasan perineal dengan segera selepas bersalin dan bersela-sela selama 12 jam supaya kawasan itu kebas dan mengelakkan atau mengurangkan bengkak.

Bilakah boleh mengadakan hubungan kelamin semula

Perineum anda akan sembuh sepenuhnya dalam masa 4 ke 6 minggu selepas bersalin, jika doktor anda mengatakan anda telah sembuh anda boleh mencuba selepas tempoh ini. Anda mungkin berasa sedikit ketidakselesaan dan ketegangan. Bertenang sebanyak mungkin dan gunakan pelincir larutan air (water solution) yang baik untuk membantu hubungan kelamin yang lebih selesa. Ini juga akan lebih membantu jika anda menyusu badan, kerana laktasi akan merendahkan paras estrogen yang mengurangkan jumlah pelincir yang dihasilkan oleh vagina anda. Ramai wanita terus mengunakan pelincir ketika hubungan kelamin sehingga berhenti memberi susu badan.

** owh.. saya mengambil masa lebih dari 4 - 6 minggu sbb seriau dan ngilu.. hehehehe..