1) P yang pertama ialah
'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan. -
ok, balik ni korang puujiii la husband korang selambung-lambungnye. biarpon dia mashamm bau peloh balik keje, ckp je la wangi.. 2) Katanya, P kedua ialah
'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang. -
wahhh.. ni best ni. Malam ni kan malam Jumaat.. so, why not..*wink-wink* mintak2 la ujan lebatt.. sejopp sket.. ngehehe3) P seterusnya ialah
'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang. -
hmm.. asik2 dia je bg kite hadiah.. sesekali kite bagi la dia pulak..4)
'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda. -
arini masak sedap-sedap.. bagi dia makan kenyang-kenyang.. pastu kasi urut extra skit arini.. tihihi...5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili
'persefahaman' - biar pon kadang-kadang dia suka tuka channel tv masa kite tgh syok tgk.. sabarkan je la..6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud
'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga. -
alamak.. kene la control peramah over2 saya nih. Ala.. peramah camne pon, dia tetap di hati saya..7) Beliau berkata, satu lagi P adalah
'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin. -
Yaahhhh.. sgt setuju. saya dah muak dah asik pegi keje balik keje je... Bee.. jom gi Gold Coast ;P8) Katanya, P yang terakhir ialah
'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia. -
amalkan baca surah Al-Imran ayat-31 utk merapatkan lagi kasih sayang suami isteri. Saya mmg mengamalkan ini..