CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

11 June 2010

Penat

Penat sangat..
Since Jumaat lepas, aku busy macam ke hape. Busy kat ofis, dgn kerja yang never-ending. Nasib baik sempat ngulor gi tengok Lagenda Budak Setan. Best! Tapi tak puas hati sebab tajuk tak kene dgn cerita. Yang Setan nye pon tak sampai 2 minit.

Weekend kami anak beranak ke Johor Bahru. Cousin aku kawen. Selamat Pengantin Baru kepada Zaki and Emy. Dah kawen pon kau ek. Rase baru je main teng-teng sama2 kat kampung dulu. Kat JB, Emir boleh demam pulak. Maybe sebab beralih tempat, tak cukup tidur dan keletihan. Merata cari klinik. Pegi Hosp KPJ boleh plak doktor takde. Ade kejadian disitu tapi malas nak cerita. Sakit hati. Last2 pegi klinik dekat rumah MakNgah je. Nasib baik lepas makan ubat Emir ok balik.
Anyway, pegi JB memang heaven dgn makanan. Nasi beriani dgn lauk beriani yang MakTeh masak memang terbaek! Tambah pulak dengan air bandung soda Abang Sham..perghhh! Nasi Ambang BBUda memang wajib makan kalo pegi JB. Kalo tak dapat makan, menyebut laki aku nanti. Balik JB, singgah Muar pekene Murtabak Singapore. Heaven!
On the way pegi JB aritu, Emir buat perangai taknak tido kat carseat. Aku pangku budak 7.4 kilo tu dari KL smpai JB. Lengoh kau. Balik dari JB, Adeef pulak yg buat perangai taknak tido. Melompat2 dlm kereta. Sampai kat Air Keroh, dia muntah byk gile. Abis seat belakang dgn aku2 skali kene muntah Adeef. Huwaaa...sabar..sabar..!

Isnin dampai Rabu aku cuti lagi. Stay dekat rumah Mak sementara nak tunggu Mak balik dari Umrah. Kemas2 rumah skit apa2 yang patut. Nasib baik adik bujang bongsu aku tu boleh harap. Takde la sepah sgt since Mak tinggalkan rumah aritu. Cuma kain baju je yang melambak tak berlipat. Kucing2 Mak pon kurusss kering sbb tak makan. Makan ringan2 je kot. Aku bagi makan, macam kehape dia punye pelahap.

Hari Rabu, geng2 pegi Umrah selamat tiba. Aku pegi jemput Mak, Uda, MakBusu ngan PakBusu kat KLIA. Diorg dah landing pukul 1.15pm, tapi kol 3pm baru dapat keluar. Punya la lama menunggu. Aku dah tak larat dah. Nasib baik Emir ok je tido dlm stroller. Adeef je la membuas kesana sini. Dia masuk kedai coklat kat KLIA tu selambe je amek coklat M&M harga RM48.90 bwk lari keluar. Nasib baik aku dpt tangkap dia balik. Takde keje aku nak beli coklat mahal2 tu de. Bukan nak berkire, tapi tak berbaloi dgn harga.
Sampai rumah Mak, dah ramai menunggu. Upacara memunggah barang pon bermula. Aku paling suka part ni la. Banyak gile Mak ngan Uda shoping. Aku dapat jubah glamer, sejadah, Adeef dapat jubah, Bee dapat Rayban, dan yang paling jeles Ayi dapat Iphone....waaaa..nak jugak!!! Sambil memunggah dan merebut2 barang, sambil mendengar pengalaman2 diorang kat Tanah Suci. Macam besstt je dengar diorg bercerita. Teringin pulak aku nak pegi. InsyaAllah.

Aku balik KD malam tu jugak. Smpai rumah KD dekat pukul 11pm. Barang2 yang hangkut dari JB-Sban-KD, aku longgok je dalam satu bilik. Dengan kain baju yang melambak2. Aku tak habis kemas lagi smpai hari ni.
Penat...!!!

0 melayan: