CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

28 December 2010

Selepas 30 hari berlalu..

Hari ni genap sebulan Mak pergi meninggalkan kami.

Aku masih lagi menangisi pemergiannya.
Di dalam tidur..
Di dalam jaga..
Di dalam solatku..
Setiap waktu aku masih lagi teringatkan arwah

Macam nak gila!

Tapi aku kena kuat..
Untuk Abah,
untuk Adik2,
dan juga untuk anak-anak aku..
Bila org tanya Adeef, 'Wan Adeef mane?'.. dia akan jawab..'Wan pergi Syurga'..

Dia masih belum mengerti..
Kadang-kadang bila dia nampak aku pakai tudung / baju arwah, dia akan ckp.. 'Ni baju Wan'

Sebulan berlalu,
Aku masih belum dikurniakan kekuatan.
Aku masih lagi teringat saat arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir..
Aku berada di bahunya.
Terasa dalam tarikan nafasnya terkhirnya.
Arwah pergi meninggalkan kami dgn tenang.
Nafas terakhirnya bersama air mata..

Mak, damai lah disana..
Semoga tempat Mak disisi Nya.

Al-fatehah..

Cikgu Siti Noor Aini
13 May 1954 - 28 Nov 2010
Diagnosis: Severe Pneumonia with Sepsis with Lung Fibrosis