CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

02 August 2011

Ramadhan Tanpa yang Tersayang

Walaupun harini dah 2nd day puasa, aku masih belom terlambat nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua yang mengenali.

Memula ingat nak blog pasal puasa semalam, tapi aku tak mampu. Semalam aku sgt emo. Dari sahur sampai ke berbuka, hati aku sgt sayu. Selang sejam mesti airmata aku meleleh.

Tengok facebook, nangis.
Baca blog orang, nangis.
Telefon Abah, nangis.
Drive sensorg balik kerja, lagi kuat aku nangis.
Kenangkan adik2 aku (Akin & Ayi) buka puasa berdua je kat rumah Seremban, lagiii laaa aku tersedu sedan menangis!

Aku rindu Mak. Ini kali pertama Ramadhan tanpa Mak. Tersiat2 hati aku rasa.

Aku rindu suara Mak kejut sahur.
Aku rindu bau telor goreng dadar yang Mak goreng masa sahur.
Aku rindu nasi goreng, mee goreng gemok, rendang telur itik, gulai ikan parang, kuih sagu merah, cucur udang, bawal masak merah, cencaru sumbat...
Aku rindu berborak2 kat dapur dengan Mak masa masak untuk juadah berbuka.
Aku rindu dengar Mak jerit suruh kemas dapur lepas berbuka.
Aku rindu nak dengar Mak mengaji Quran.

Rindu sangat...
Dah la.. aku malas nak emo2 lagi. Bengkak lagi mata aku kang.

Semoga Mak tenang di sana. Saaayang Mak!
Al-Fatihah..

2 melayan:

Im - mamababahworld

sabaq kak Ju..banyak2 sedekahkan Al Fatihahh..im pon sedih baca entry nih..;(

Anonymous

Thank You for being the member of this website. Please allow me to have the opportunity to express my satisfaction with Host Gator web hosting. They offer professional and instant support and they also offer some [url=http://tutorialtime.info/hostgator-coupons/ ]HostGator discount coupons[/url].

I appreciate Hostgator hosting, you will too.

http://visual-basic.cba.pl/Forum/index.php?action=profile;u=265