CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

25 June 2010

Dugaan

Minggu lepas sangat chaotic. Huru hara.



Isnin

- Adeef tetiba demam. Aku tak boleh nak cuti sbb byk keje nak kene follow up. So Adeef kena ikut Babah pegi keje. Emir aku tawakal je anta pegi umah bbsiter.
Tghari Bee call bgtau tangan Adeef naik bintik2. Oh no! Kesian Adeef. Aku terus amik half day nak hantar Adeef pegi klinik.
Kami pegi Tropicana Medical Centre buat check up untuk Adeef. Adeef positive chicken pox. Lega skit sbb bukan denggi or penyakit2 bahaya nih. Kat hospital tu Adeef tak nampak sakit langsung walaupon tangan ngan muka dah start naik bintik2 berair. Berlari sana sini. Doktor kasi ubat anti-viral, paracetamol, tahan gatal, ubat mandi and calamine lotion.
-Malam, aku tak boleh tido. Adeef skejap2 jaga. Garu-garu, jerit-jerit, nanges.. Tensen!

Selasa

- Aku urgent leave jaga Adeef kat rumah. Melayan dia tengok dvd bersilih ganti. Dia dah pandai on dvd player, play, rewind, forward semua. Malas aku nak layan, aku biarrr kan je. Emir aku hantar rumah bbsitter. Tawakal lagi sbb aku tau Adeef dpt virus dari rumah bbsitter. Anak bbsitter pon sorg dah kene tapi dia dah hantar balik kampung. Kalo nak bagi Emir dok skali ngan aku arini pon bahaya gak sbb dekat dgn Adeef. Lunch aku gorengkan meehun untuk Adeef. Beria dia makan. Memang tak macam org demam.
- Malam aku dapat call dari Uda ckp Mak kene warded. Sakit lama datang balik. Duhhhh...susah hati aku. Aku jadik mcm blur.. mcmane nih.. Aku pelan2 arrange time dgn Bee sbb esok aku kene pegi ofis jugak. Bee pon kene pegi site sbb menteri nak dtg. Last2 aku call Akin (adik aku) mtk tolong dia jagakan Adeef esok. Aku bagi upah RM50, lajuuu je dia setuju ;p
Malam ni Adeef mcm ok sit dia tido. Takde la jaga kerap sgt.

Rabu

- Aku pegi kerja mcm biasa sbb byk urgent case nak kasik setel. Adeef duduk ngan MakTeh kat rumah. Sekejap2 aku cal tanyakan Adeef. Akin kata Adeef behave je. Makan ubat pon senang. Lunch aku balik rumah bwkan makanan untuk diorg. Aku tapau Popeye. Adeef makan whipped potato dgn fries je. Lepas makan aku packing skit2 apa yg patut sbb nak shoot balik Seremban lepas office hour.
- Malam, pegi rumah nenek, jupe nenek ngan Amin yg baru balik Umrah. Aku dah dapat apa yg aku kirimkan kat nenek masa kat Mekah..aww..i like..i like.. Tak dapat nak nyembang lama sbb Adeef dgn Durani dah start rebut2 barang and jerit2..
- Ingat nak balik Seremban, tapi mcm penat. So, decide balik esok je.. and aku kene UL lagik esok. Sebelum tido aku tepuk2 Emir, sekali raba2 la dahi dia.. OMG..dah panas.. panic lagi aku! Aku terus sumbat dia paracetamol, letak cool fever seme. Siap cek tangan kaki badan semua kot2 ade bintik berair ke tak. Takde pulak. Tapi malam tu skali lagi aku tak tido... Huwaaaaaaa~

Khamis

- Pagi2 lagi kami dah gerak balik Seremban. Emir still demam tapi mild2 je. Adeef pun dah macam ok. Bintik2 byk dah kering. Sampai Hosp Seremban dlm pukul 11, nak terus naik jupe Mak tapi kene halau dgn jaga. Dia soh datang kol 12.30..hampeh betol. Memang aku dendam ngan jaga hospital nih..!
- Tghari, pegi hospital balik nak tgk Mak. Owhh...sedihnye aku tgk Mak. Rasa mcm nak replace je tempat dia.. biar aku je yg sakit, bukan Mak :( Kaki mak still bengkak. Tapi muka dah kurang sembab. Semput Mak pun dah ok. Aku tak dapat nak stay lama kat hospital. Emir dah melalak, Adeef dah melompat2.
- Malam, Emir still lagi menangis. Senyap pon skejap je.. pastu sambung nanges balik. Bagi susu, bfeed, menan semua dia rejek. Tido pon skejap2 je. Masa ni aku bajet dia lapar ngan tak sedap badan je. Skali lagi aku jadik zombie di malam hari...tskk..tskk

Jumaat

- Tgahri aku buatkan sup ayam untuk Mak. Mak yang request. Ingat nak pegi hospital tghari tapi xde transport plak. Semua dah pegi tinggalkan aku. Bee plak keje.
- petang pegi hospital skali ngan Wan (nenek aku). Skali lagi Emir melalak tanpa henti kat spital. Masa ni aku dah rasa sesuatu. Aku tak lengah, terus ajak diorg balik. Kat rumah pun Emir still nangis2. Aku jadik macam kesian sbb suara dia dah serak, mata dah bengkak. Wan aku cakap Emir ni macam sesuatu. Aku dah baca ayat kursi semua pon tak lut. Ke sebab aku period (uhukk..first time period lps bertahun tak period).
- Malam nak tido aku dah tak larat. Dah la 4 malam aku tak tido, penat dukung Emir je, dgn penat ulang alik hospital. Aku dah rasa mcm nak nangis. Bee yang selalu take over pon dah tensen sbb penat. Last2 aku hand over kat Yati (maid wan aku). Dia ni pun alim2 gak..and ckp Emir ni mesti dah kene tegur. Yati mintak izin aku call Abang dia kat Indon tanye dan soh tengok2 kan kenapa Emir jadik mcm tu. Yati tanyekan ayat apa yg kene baca, then Abang dia tanya nama penuh Emir. Aku usha jer.. aku tengok Yati bacakan ayat kat air zamzam, pastu bagi Emir minum, dan basahkan kepala dia. Ade gak dia letak henfon dia kat dpn Emir.. Erkk..berubat pakai 3G ke hape ni.. canggihkan? Ngehehehe. Pastu kan, Emir terus tido siap keroh2.. MAGIC! Abang Yati ckp Emir kene sakat ngan 'atok'..Atok mane plak nihhh.. Abang dia ade gak tanye Emir pegi mana. Yati bgtau pegi hospital. Abang dia nasihat kalo pegi hospital, jgn baringkan baby kat katil pesakit..aaaaaaaaaa.. Yes! baru aku tau mane dtgnye atok itu... cisss kau atok..!

Sabtu

- Arini aku tak pegi pon hospital. Serik maaa.. So dok umah layan hindustan je. Emir pon dah ok. Minum susu berbotol2.

Ahad

- Aku pegi hospital tengok Mak dengan Bee. Bwk Adeef je. Emir kene tinggal kat umah. Arini aku tengok Mak mcm dah ok. Dah boleh jalan laju, cakap pon dah kuat. Makan pon dah berselera. Senang sikit hati aku.
- Malam aku balik KD. Bee blanje dinner nasik lemak ayam kukus yang sgt sedapp. Reward atas susah payah selama seminggu ni.. (aihh..nasik lemak jer??).

Dan pagi tadi aku bangun, rasa berat gile badan. Jeng..jeng..and yes, aku DEMAM. test2 suara, mmg antara keluar dan tak keluar. Kuatkan diri je pegi ofis arini...huwaaa~