CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

26 February 2009

Five of Five

kene tag lagi... layan je la..

1. What were you doing five years ago?

Year 2004 - saya masih di U.I.A , final year. Busy dgn Final Year Project. Keadaan sgt tak terurus masa tu. Siang tido mlm berjaga. Nak dating pon curi2 masa. Masa ni Hubby baru kerja kat Singapore. Jarang ada masa nak dating. Tapi uni life semestinya sesuatu yg manis utk dikenang. Enjoyyy je masa tu.
End of 2004, saya grad, dan terus bertunang dgn Hubby.. haa..gatai tak nyempat2. Bukan saya ye.. Hubby. hahaha.. matila taknak ngaku..

KLCC visit with Mr Asrul, leturer Cyber Law.. ensem kan lecturer saya :p

Groupmate for presentation - mishh u guyss..

My engagement day 28 November 2004

2. What were the 5 things on your to do list today?

- settle semua backlogs
- submit all reports
- beli susu Adeef, milo bee pon dah habis
- anta kereta carwash.. sgt hazab dah ghupe dia
- pam tayar kereta

3. What are 5 snacks that you enjoy?

- Chicken Floss from Breadtalk - terbaiikkk
- Gardenia DELICIA Butterscotch - craavvinggg
- Kerepek2 yg dijual di kedai makcik di Taman Paroi Jaya - semua kerepeks dia sedaaapp ok
- Burger and Roti John Ijan
- Biskut Tiger Adeef punye..

4. What are 5 jobs you've had?

- First skali pernah jadik cikgu sementara kat salah satu sekolah menengah di Seremban. Ajar BM utk Form 5. Main hentamm je. Dah tu anak murid pon beza umur 5 tahun je. Memula tu pon diorg cam konpius2.. nak panggil cikgu ke akak.. hahaha. Anyway, saya betul2 enjoy jadi cikgu. Sampai skrg pun kalo jupe ex-students, they still call me 'cikgu'.
- Pastu penah kerja kat fastfood A&W Seremban. Dari crew sampai jadi assistant manager. Tapi mak tak tahan nyahh.. letih ya amattss. Dan takde life langsong. kuar rumah pepagi bute.. mlm baru balik. Saya berhenti sbb nak sambung belajar.
- Pas grad, saya di serap sementara di U.I.A sebagai student assistant utk student MBA. Saya sukaaa sgt kerja ni sbb saya boleh kenal dgn ramai org seluruh pelusuk dunia yg nak apply MBA kat U.I.A ni. Tugas saya ialah memproses form2 students yg apply MBA ni dah call diorg utk arrange interview. Macam2 org saya jumpa.. dan ade diantara mereka yg still keep in touch sampai sekarang.
- Disebabkan kerja kat U.I.A contract saja, saya amik keputusan nak cari kerja lain. Akhirnya saya diterima utk bekerja di V.A.D.S sbg customer services utk Strea.myx. Mencabar sungguh kerja saya walaupon hanya duduk saja dan letak headset di kepala. Hari-hari kene maki dan tak kurang juga kene puji.. tapi kene maki lagi byk. Tapi saya seronok kerja situ sbb saya dpt byk experience dan kawan2 pon best. Enjoy sgt dtg kerja. Demam pon dtg kerja. Bukan apa.. takut elaun kene potong. Tapi serius ckp saya suka team mate saya masa di situ. Dan kami juga still keep in touch smpai sekarang.
- Jodoh dgn V.A.D.S pon tak panjang sbb saya dpt better offer dari P.ACNET. Alhamdulillah.. dah 3 tahun saya di sini. Saya selesa dgn apa yg company saya berikan. Sgt bersyukur..

wahh.. dah mcm resume. boleh letak kat work experience nih.

Strea.myx activation team


Pac.net mates. Last day at Brem Tower

5. Tag 5 person and who are they?

- Hooda - pekerja bank yg hari2 nak makan sedapp shj
- Fathi - pekerja syarikat swasta yg hari2 pergi kerja naik pelbagai jenis pengangkutan awam
- Hanie - pekerja kerajaan yg tgh pening sbb nak ISO tak lama lagi
- Akin - pekerja yg malang
- sape2 je laa.. yg rase dia best..

25 February 2009

Adeef @ 9 months

Taraaa...

Dah sembilan bulan dah?? Kejappp je kan? Meh tgk gamba Adeef at nine months old


Adeef's development @ 9 months old


- Dah berdiri and step 2-3 tapak.. pastu hempas montot. Dah bertatih kata org. Malass sunggoh anak bujang I neh.. kene cheer pom-pom kan dia baru dia bersemangat nak bertatih.

- Tak padan dgn lutuit ketaq2.. nak berdiri aje..

- Dah ade gigi satu putun bahagian bawah. Mummy rase dia nak tumbuh lagi seblahnye tu sbb dah nampak putih2. Sangat kuat mengigit esp kalo tgh breastfeed. Mummy tekap muka.. haa.. lemass.

- Adeef still makan nasi blend. Tapi Mummy tak blend hancur sgt. Nati takut dia reject bila dah time nak makan nasi biasa. Lauk favorite Adeef ialah ayam. Kalo Mummy letak ikan bilis, dia makan sikit je. Kemain demand..

- Dah pandai ikut org ckp. Yang simple je la.. Kalo kite panggil mamam.. dia pon mam-mam-mam. Sebut babah dia pon bah-bah-bah. Bile soh sebut mummy.. diam. Tak reti.

- Sangat suka tengok iklan dgn Azan kat TV. Kalo nak lari kejap gi bilik air ke dapur ke, tunggu time iklan.. mesti dia tak sedar nye. Nak potong kuku dia pon time iklan.

- Pandai sunggoh mengemas skrg ni. Habis segala majalah, frame gamba, cd, semuaa dia nak usik. Mainan dia dah tak heran dah.

- Kalo naik kereta memang tak boleh nak dok depan. Dia akan melentik2 kan badan dia nak pegang stereng.

- Pandai nak berkawan dah sekarang. Kalo bwk pegi playground, dia akan sengih2 kat budak2 yg tgh main. Kadang dia jerit-jerit nak tarik perhatian org.

- Mummy tak tau la berat Adeef brp skrg. Rasenye lebih dah 10kilo.

- Adeef dah pandai salam cium tangan. Kadang-kadang dia akan jilat tangan itu.

- Dah pandai shayangg-shayangg Mummy gak.. tu yg buat Mummy tak sabar2 nak balik rumah lepas kerja..


18 February 2009

My 1st Born

Saya kene tag kat fesbuk actly tapi mls nak update kat sane.. so update kat sini.. sana sini situ sinunnn.. teruja sgt nak menjawab sbb masa gave birth to Adeef aritu saya tak cite pon kat blog. So harap tag ni la menjawab segalanye..

1. WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED?

tak laa.. mmg saya mengharap pon nak terus lekat. jeles tgk membe2 semua ada baby. First pregnan saya keguguran at 10weeks. Sedihh.. sgt sedih. Hope s/he rest in peace.. (tapi instict saya kuat mengatakan yg first tu girl..)

2. WHAT WAS YOUR SECOND CHOICE NAME FOR YOUR OPPOSITE GENDER NAME?

teringin nak nama Yasmeen.. nati la.. kalo Adeef dpt adik girl.. hikhik.

3. WHAT WERE YOUR REACTIONS?

Bersyukur sangat2.. tak lama lepas gugur dlm sekali period, saya pregnan balik. Alhamdulillah.. mmg tak putus2 doa saya.

4. HOW OLD WERE YOU?

27 years old

5. HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?

Memula dpt mimpi pegang baby. Pastu rasa pelik2 kat tekak. Pastu takleh nak gosok gigi.. loya gile.. period delayed. Buat test, two blue lines appeared... whoaahaaa...

6. WHO DID YOU TELL FIRST?

Of course huby..sbb dia tunggu kat depan toilet. Then call my sis, Uda. pastu saya rasa nak bagitau satu dooniiaaa....

7. DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX?

Yerr... sgt2 teruja. Find out the sex at 20weeks pregnan. Tu pon dia shy-shy nak tunjuk..

8. DUE DATE?

Ikut calculation 2.6.2008, tapi Adeef tak sabar2 nak kuar.. awal 2 minggu, due at 24.5.2008

9. DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?

Yep..only at first trimester. Letihhh...tapi enjoy (??) sbb boleh ngade2 lebih skit.

10. WHAT DID YOU CRAVE?

Wahh.. mcm2. nampak mende org makan semua nak. Paling tragik teringin nak Air Kathira. sampai merajok nanges2 sbb susah nak cari.. even masa tu bulan puasa.. puas redah semua Pasar Ramadhan tp tak jumpe. last2..BIL my ofismate buatkan.. sedaaapppp!!

11. WHO/WHAT IRRITATED YOU THE MOST?

Masa tgh mabuk.. irritated dkt laki sendri.. boleh tak.. rasa mcm tak sukeeee sgt dgn dia. Asek nak marah dia je.. bau dia pon nak muntah. Padan la Adeef sebijik ikut perangai dia. Pastu bleh tak irritated dgn org kepala botak. Tgk mcm nak muntaahhh!

12. WHAT WAS YOUR FIRST CHILD'S SEX?

A boy!!

13. DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX ?

Nope.. tak kesah pon. Janji sihat.

14. HOW MANY POUNDS DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?

Wah.. soklann.. tamo jawab! muahahhaa!

15. DID YOU HAVE A BABY SHOWER?

Nope..I just showered myself. Shoppingggg barang baby for every weekend.

17. DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?

Yep.. but not too serious. Urine kotor je...lain takde. Alhamdulillah..

18. WHERE DID YOU GIVE BIRTH?

PPUM Petaling Jaya. Serious best beranak kat situ..

19. HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOR?

12 hours! 6.30am pecah air ketuban, then baru rasa sakit.. masa tu dah bukak 3cm. pastu tak bukak2 sampai pukul 2pm, bukak 5cm.. pastu sakit makin kerap sebab bukak satu cm per hour. Tapi tak rase ape pon sbb amik epidural. by the time open 9cm, epi pon abis.. tuhan je tau sakit dia...

20. WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?

My Hubby. pegi routine check up actly.. alih2 Dr kata dah bukak 2cm.. teros warded. tido spital satu mlm before give birth esoknye..Rileks je.. Melepas nak buat adegan mcm dlm drama tu.. yg tetiba pecah ketuban pastu kelam kabut gi spital...ngerang2 atas strecther.. wahahaa... xpe.. next time bleh buat..

21. WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?

My gynea.. dgn nurse2 pelatih yg berpom-pom bagi saya semangat suruh pushh.. heart you girlss!!
Maafkan suami saya.. dia tak tgk saya bersalin sbb dia mabuk darah.. kang tak pasal dia pengsan satu keje nak selamatkan dia plak.

22. WAS IT NATURAL OR C-SECTION?

Natural.. as I wish.. Alhamdulillah. Tapi saya kene jahit byk sgt.. aww.. Sbb kepala Adeef besar, dan Dr buat episiotomi... Episiotomi tu torehan kecil yang dibuat antara bahagian faraj dan anus bagi memberikan ruang yang lebih besar untuk baby keluar masa kelahiran.....sakitt woo.. mesti sapa tgh baca ni tgh terkemut2 tang tu.. :p

23. DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?

Yup.. epidural. Tapi masa tgh jahit epi abiss.. dan diorg tak topup.. sakiitttttt... dan itu yg membuatkan saya mcm fobia nak beranak..

24. HOW MUCH DID YOUR CHILD WEIGH?

3.17 kilo

25. WHEN WAS YOUR CHILD ACTUALLY BORN ?

25 May 2008, 6.05pm

26. WHAT DID YOU NAME HIM/HER?

Adeef Feizal bin Danny Feizal - Adeef bermaksud yang mempunyai matlamat dan Feizal bermaksud penyelesai masaalah.

27. HOW OLD IS YOUR FIRST BORN TODAY?

8 months , 3 weeks and 4 days old

28. WOULD YOU DO IT AGAIN?

InsyaAllah. tunggu Adeef besar dan bijak sikit. Saya nak kumpul duit beli rumah dan sambung Master dulu.. tapi kalo dah rezeki awal dari itu, saya tak menolak..

17 February 2009

Mummy's Fav pixs

Ni antara collection gamba favorite Mummy.

aaa... Adeef pandai angkat tangan dia kalo kite suruh 'give-me-five'.. laju je dia angkat tgn. pastu tak reti2 nak berenti. Org dah tanak main pon dia nak five gak

see...meleleh2 air liur tgk gamba makanan.. tgk menu mcm tauuu je nak oder ape..

wahh.. rambut disisir rapi belah tepi... masa ni adeef nak ikut Mummy pegi weding kwn Mummy. Mummy kata ramai awek budak kecik.. tu yg Adeef dresing semart-semart.. :p

time ni Mummy soh show-ur-tooth.. dia pegi jelir lidah dia.. owhh.. Adeef dah ade gigi sebatang belah bwh.. kiuttt je.

cheeky kan.. dia mmg suka la buat muka mcm tu kalo kite marah dia. Mmg tak jadi nak marah.

Hmm.. kalo tgk balik gamba Adeef ada yg berambut.. ade yg botak.. yerr.. Adeef dah botak skrg. Mummy buat balik rambut-ala-mawie mcm dulu2. Adeef kuat berpeluh kat kepala. Pastu busyukk masyammm rambut dia. Tu yg Mummy botakkan.

Adeef dah pandai nak step2 dah. Tapi bila Mummy nak snap gamba je.. dia hempas montot.. huhuhu.. Adeef ckp dia tak suka publisiti...

11 February 2009

Cara-Cara Nak Cover Line

saje nak syer.. Mummy dapat ni dari email.

jika korang mengalami situasi begini.....

a. Jika diketawakan rakan ketika tertidur kat opis hingga meleleh air liur basi... terus bangun separuh sedar dan buat-buat kene sawan sambil keluarkan lagi air liur. Gerenti member korang akan panik dan berenti ketawakan korang.

b. Kalau tersilap menyapa orang yang tak dikenali.... teruskan menganggap dia kenalan korang dan bagi dia duit kononnya korang pernah berhutang dengannya. Mesti dia pun mengaku korang kenalannya.

c. Jika ditegur orang kerana zip seluar terbuka... jawab je dengan selamba mengatakan ini adalah gaya berfesyen atau katakan bahawa zip itu rosak sambil berfalsafah 'biar rosak zip, jangan rosak akhlak'.

d. Bercakap sorang diri kerana member ketinggalan kat belakang... teruskan bercakap dan ketawa sambil menyumpah member korang tu sensorang. Tentu orang takkan gelakkan kerana menyangka korang ada masalah mental kronik.

e. Tersilap masuk tandas wanita... buat-buat wajah glabah dan cemas sambil berlakon menyatakan tujuan korang masuk kerana nak mencari isteri atau awek korang yang dah sejam tadi tapi tak keluar-keluar lagik

hehehe..:p

Hureyy.. pegi holiday!!

AirAsia buat promo free seat lagi. Mummy amik kesempatan ni nak pegi holiday dgn kadar yg murah dan berpatutan. Kali ni destinasi kami ke Kuching, Sarawak..yeyy!!
Walaupon lambat lagi, Mummy dah survey2 hotel mane yg best, tempat mane nak makan best, mane nak bejalan2 best, mane nak shoping best.. This will be Adeef's first time naik flight and Babah's first time pegi Sarawak.

Mintak-mintak la jadi pegi. Kalo mende plan mesti selalu tak jadi.. benci je! Kalo tak jadi jugak kali ni, sila refund double+triple ye Babah..!

Beware!

03 February 2009

CNY Holiday

Cuti CNY aritu kami sekeluarga (keluarga mentua) pegi cuti-cuti Malaysia di Melaka Bandaraya Bersejarah. Bertolak pepagi buta utk elak jem. Kami stay di City Garden Malacca. Apartment 3 bilik for RM300.. murah kan? Sebelum check in kami cari tempat lunch. Penat pusing2 satu Melaka cari Asam Pedas.. tp x jumpe. Diorg byk bukak kedai mlm. Last2 lunch kat warung tepi jalan je. Ade asam pedas gak..
Dah check in, acara first skali ialah terjun swimming pool. Owh.. Adeef sgt teruja!Dah penat swimming, kami berehat sementara nak tunggu dinner. Mlm ni nak dinner Ikan Bakar. Recommended kat Alai, tp Babah salah jalan, so pegi Umbai je. Org sssaaanngaaattt ramai. Kami tunggu makanan dekat sejam stengah. Sib baik Adeef tido. Anyway, we enjoyed the ketam goreng, sotong goreng tepung, pari bakar and etc.. tak ingat makan ape lagi tah.. byk sgt!
Ingat mlm tu nak gi naik cruise. Tapi memasing dah penat.. terus balik tido je.
Esoknya sebelum check out, lepak2 kat area apartment sambil layan Adeef and cousins main2. dah check out, kami nak pegi naik cruise. Memula salah port.. patut xde org.. Dah jupe port sebenar.. maakkk aii.. panjang kemain berator. Di sebabkan memasing teruja nak naik.. queue jugak la.Sebelom balik, kami singgah Perigi Hang Tuah. Ramaiii jugak org. Tak lama kat situ, kami pon bergegas balik sbb takut jem.

Overall, seronot la jugak sbb ni firstime Mummy holiday with family in law. Tapi not recommended la pegi Melaka time holiday2 ni.. sesak sgt!